CAPod ialah aplikasi pendamping untuk AirPods.

Ciri-ciri:

* Paras bateri untuk pod dan kes.
* Status pengisian untuk pod dan kes.
* Maklumat tambahan tentang sambungan, mikrofon dan kes.
* Boleh menerima dan menunjukkan semua peranti berdekatan.
* Pengesanan telinga dengan main/jeda automatik.
* Sambungkan peranti dan AirPods secara automatik.
* Tunjukkan popup apabila kes dibuka.

CAPod bebas iklan. Beberapa ciri memerlukan pembelian dalam aplikasi.

Kebanyakan peranti AirPods dan Beats yang popular disokong.
Jika peranti anda serupa dengan AirPods tetapi belum disokong, hantar saya e-mel ringkas.

Ada idea hebat untuk ciri baharu? Hubungi saya!